Kamis, 04 April 2013

15 syarat menafsirkan alquran

oleh:Abu Nawas Majdub
Sungguh Al-Qura'an adalah bahasa yang agung dari Tuhan yang Maha agung ,diperlukan ilmu yg agung untuk manfsirkan bahasa alquran yg agung,mengingat banyak orang yang sembarangan menafsirkan alquran,bahkan terkadang banyak pula yang menelan mentah-mentah hanya dari alquran terjemaah dasar tanpa ada yg membimbing(berguru),memahami alquraan yang layaknya memahami majalah biasa ,inilah yg layak kita harus kita hindari

Imam Jalaluddin As-Suyuthy dalam Al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran menyebut lima belas ilmu yang harus
dikuasai oleh seorang mufassir. Lima belas ilmu tersebut adalah sebagai berikut:

1. Bahasa Arab kerana dengannya seorang mufassir mengetahui penjelasan kosa kata suatu lafaz
dan maksudnya sesuai dengan objek.

Oleh kerana demikian pentingnya penguasaan terhadap bahasa Arab dalam menafsirkan Al-Quran,
Mujahid mengatakan,

ﻻ ﻳﺤﻞ ﻷﺣﺪ ﻳﺆﻣﻦ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻵﺧﺮ ﺃﻥ ﻳﺘﻜﻠﻢ ﻓﻲ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﻠﻪ ﺇﺫﺍ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﻋﺎﻟﻤًﺎ ﺑﻠﻐﺎﺕ ﺍﻟﻌﺮﺏ .

“Tidak halal bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhir berbicara mengenai sesuatu
yang terdapat dalam Kitabullah apabila ia tidak mengetahui bahasa Arab.”

2. Nahwu kerana suatu makna boleh saja akan berubah-ubah dan berlainan sesuai dengan perbezaan
i’rabnya.

3. Tashrif (sharaf) kerana dengannya dapat diketahui bina’ (struktur) dan shighah suatu kata.

4. Isytiqaq kerana suatu nama apabila isytiqaqnya berasal dari dua subjek yang berbeza, maka
ertinya pun juga pasti berbeza. Misalnya ( ﺍﻟﻤﺴﻴﺢ ), apakah berasal dari ( ﺍﻟﺴﻴﺎﺣﺔ) atau ( ﺍﻟﻤﺴﺢ .(

5. Al-Ma‘ani karena dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb (komposisi) suatu kalimat dari
segi manfaat suatu makna.

6. Al-Bayan karena dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib (karangan) suatu kalimat dari segi
perbezaannya sesuai dengan jelas atau tidaknya suatu makna.

7. Al-Badi‘ kerana dengannya dapat diketahui pengkhususan tarkib (karangan) suatu kalimat dari
segi keindahan suatu kalimat.

Ketiga ilmu di atas disebut ilmu balaghah yang merupakan ilmu yang harus dikuasai dan
diperhatikan oleh seorang mufassir agar memiliki sensitiviti terhadap keindahan bahasa (i‘jaz) Al-
Quran.

8. Ilmu qira’ah kerana dengannya dapat diketahui cara mengucapkan Al-Quran model bacaan yang
disampaikan antara satu qari’ dengan qari’ lainnya.

9. Usuluddin (prinsip-prinsip agama) yang terdapat di dalam Al-Quran berupa ayat yang secara teksl
menunjukkan sesuatu yang tidak boleh ada pada Allah ta‘ala. Seorang ahli usul berperanan untuk
mentakwilkan hal itu dan mengemukakan dalil terhadap sesuatu yang boleh, wajib, dan tidak boleh.

10. Usul fiqh kerana dengannya dapat diketahui wajh al-istidlal (penunjukan dalil) terhadap hukum
dan istinbath.

11. Asbabun Nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) kerana dengannya dapat diketahui maksud ayat
sesuai dengan peristiwa diturunkannya.

12. An-Nasikh wa al-Mansukh agar diketahui mana ayat yang muhkam (ditetapkan hukumnya) dari
ayat selainnya.

13. Fiqh.

14. Hadis-hadis untuk mentafsirkan yang mujmal (umum) dan mubham (tidak diketahui).

15. Ilmu muhibah, yaitu ilmu yang Allah ta‘ala anugerahkan kepada orang yang mengamalkan
ilmunya.
Dalam sebuah hadits disebutkan,

ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻤﺎ ﻋﻠﻢ ﻭﺭﺛﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻢ ﻣﺎ ﻟﻢ ﻳﻌﻠﻢ

“Siapa yang mengamalkan ilmunya, maka Allah akan menganugerahkannya ilmu yang belum ia
ketahui.”
Ibnu Abid Dunya mengatakan, “Ilmu Al-Quran dan istinbath darinya merupakan lautan yang tidak
bertepi.”
Ilmu-ilmu di atas merupakan alat bagi seorang mufassir. Seseorang tidak memiliki autoriti untuk
menjadi mufassir kecuali dengan menguasai ilmu-ilmu ini. Siapa saja yang mentafsirkan Al-Quran
tanpa menguasai ilmu-ilmu tersebut, bererti ia mentafsirkan dengan ra’y (akal) yang dilarang.
Namun apabila mentafsirkan dengan menguasai ilmu-ilmu tersebut, maka ia tidak mentafsirkan
dengan ra’y (akal) yang dilarang.

8. Mempunyai pengetahuan pokok-pokok ilmu yang berhubungan dengan Al-Qur’an:

a. Ilmu Qiraat kerana dengannya seseorang itu dapat mengetahui cara-cara mengucapkan lafaz-lafaz
Al-Qur’an dan dapat pula memilih bacaan yang lebih kuat di antara berbagai ragam bacaan yang
ada, malah qiraat juga dapat memastikan maksud yang sebenarnya apabila terjadi perselisihan.

b. Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid karena dengannya seseorangmufassir diharapkan
dapat mentafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an yang berkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah dengan
betul serta tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya atau melampaui batasan.

c. Berpengetahuan dalam Usul Fiqh karena ia dapat membantu mufassir bagaimana hendak membuat
kesimpualan dari ayat-ayat Al-Qur’an dan berdalil dengannya. Begitu juga mengenai ayat-ayat
mujmal dan mubayyan, umum dan khusus, mutlak dan muqayyad, amar dan nahy dan perkara-
perkara yang berkaitan.

d. Berpengetahuan yang luas dalam bidang pokok-pokok ilmu tafsir dapat membantu memahami
ayat-ayat al-Qur’an dengan betul dan mendalam. Contohnya Asbab al-Nuzul akan menolong
mufassir dalam memahami maksud ayat berdasarkan latar belakang penurunan ayat. Begitu pula
dengan An-Nasikh dan Al-Mansukh serta ilmu-ilmu yang lainnya.

9. Memiliki ketelitian dan kecermatan dalam pemahaman, sehingga dengannya mufassir boleh
membezakan antara pendapat-pendapat yang saling berdekatan, kerananya mufassir tersebut dapat
mengambil kesimpulan hukum yang sesuai dengan nas-nas syariat.

Mentafsirkan Al-Quran tanpa landasan ilmu merupakan dosa besar yang sangat berat ancamannya.
Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﻓِﻲ ﺍﻟْﻘُﺮْﺁﻥِ ﺑِﻐَﻴْﺮِ ﻋِﻠْﻢٍ ﻓَﻠْﻴَﺘَﺒَﻮَّﺃْ ﻣَﻘْﻌَﺪَﻩُ ﻣِﻦْ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ

“Barangsiapa yang berkata tentang Al-Quran tanpa landasan ilmu hendaknya ia menempati posisinya
di neraka.” (HR At-Tirmidzi [2874])

Orang yang memenuhi syarat-syarat mufassir dibolehkan untuk menafsirkan Al-Quran sesuai dengan
kaedah dan peraturan yang ditetepkan. Akan tetapi jika seseorang tidak dapat mencapai kriteria
syarat-syarat mufassir, maka sikap yang mesti diambil adalah mengikuti penafsiran para ulama yang
kompeten dalam bidang ini.

RUJUKAN

1. Adz-Dzahabi, Muhammad Husain. 2000. At-Tafsîr wa Al-Mufassirun. Juz I. Kairo: Maktabah
Wahbah.
2. Ashshiddieqy, Muhammad Hasbi, 1965 Ilmu Al-Quran/Tafsir : Sedjarah dan Pengantar,.cetakan
ke-4, Penerbit Bulan Bintang

3. Fauzi Deraman, Mustaffa Abdullah, , 2006 Pengantar Usul Tafsircetakan ke-2 , Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya.

4. Mat Saad Abdul Rahman, 1984, Ilmu Tafsir : Perkembangan dan Tokohnya, suntingan Hailani Muji
Tahir, Yayasan Islam Terengganu.

5. Muhamad Amin Suma, 2000, Studi Ilmu-ilmu Al-Quran (1), Penerbit Pustaka Firdaus

Tidak ada komentar:

Posting Komentar