SUARA SYAITAN YANG MENGGODA KETEGUHAN IMAN
SHEIKH
ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup
dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana
sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang
berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul
Qadir Jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang
pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat
sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun
kepadanya diselimuti awan di atasnya.
Saat itu diceritakan
terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana
ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang
selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu."
Bunyi suara ghaib itu.
Sebagai
orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang
menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka
marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini.
Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad
S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku
ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap
haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk
pada diriku." Ujarnya tegas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar