HARTA VS ILMU
Sepuluh
orang pembesar Yahudi telah datang menemui Sayidina Ali secara
bergilir-gilir. Mereka bertanyakan satu soalan yang serupa dan dijawab
oleh Sayidina Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeda-beda.
Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?"
" Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali.
" Apakah alasan tuan berkata demikian?"
Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun."
Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "
Sayidina Ali pun pun menjawab: "Tentulah iImu kerana ilmu itu menjaga
dan memelihara kita, tetapi harta kita pula yang terpaksa menjaga dan
memeliharanya."
Kali ketiga Sayidina Ali pun menjawab:
"Tentulah ilmu kerana orang yang berharta banyak musuhnya seperti
pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu.
Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. "
Jawapan keempat : "Ilmu lebih bermanfaat kerana harta jika selalu
digunakan akan berkurangan, sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan
bertambah. "
Jawapan yang kelima: "Ilmu lebih bermanfaat kerana
orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi
orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia."
Jawapan yang keenam: "Ilmu lebih bermanafaat kerana harta perlu dijaga
supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada
kecurian."
Jawapan ketujuh: " Ilmu lebih bermanfaat kerana harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat."
Jawapan kelapan: Sayidina Ali tetap mengatakan " Ilmu lebih bermanfaat
kerana harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak
walau selama manapun disimpan."
Jawapan kesembilan: " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati."
Dan jawapan yang terakhir untuk pembesar Yahudi yang kesepuluh Sayidina
Ali tetap mangatakan "ilmu lebih bermanfaat daripada harta kerana
pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan
dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan
dirinya lemah dan hamba Allah."
Akhirnya sepuluh orang pembesar
Yahudi itu berkumpul semula membincangkan jawapan yang diberi oleh
SayidinaAli. Memang benarlah Sayidina Ali seorang yang tinggi ilmunya.
Dengan kehendak Allah kesepuluh orang pembesar Yahudi itu pergi semula
ke rumah Sayidina Ali untuk memeluk agama Islam.
Kata Sayidina
Ali: "Jika datang lagi mereka kepada aku bertanyakan soalan yang sama,
aku tetap akan memberikan jawapan yang berlainan sehingga akhir hayatku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar