Meratapi Orang yang Sudah Mati
Di
antara tradisi yang diberantas oleh Islam, iaitu tradisi jahiliah yang
berkenaan dengan masalah kematian, misalnya: meratap, teriak-teriak dan
berlebih-lebihan dalam melahirkan kesusahan dan kedukaan.
Islam
mengajar ummatnya, bahawa mati hanyalah sekadar pindah dari satu tempat
ke tempat lain, bukan musnah samasekali, tidak pula hilang begitu saja.
Sedang duka tidak dapat menghidupkan orang yang sudah mati dan tidak
dapat menolak takdir Allah. Oleh kerana itu setiap mu’min harus menerima
kematian ini sebagaimana halnya menerima musibah, iaitu harus sabar
dengan mencari keridhaan Allah serta mengambil suatu pelajaran dengan
mengharapkan pertemuan abadi di akhirat, sambil mengulang-ulang kalimat
inna lillahi wainna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami adalah milik
Allah, dan kepadaNyalah kami akan kembali).
Adapun apa yang
diperbuat oleh orang-orang jahiliah, adalah mungkar dan haram yang tidak
diakui oleh Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabdanya: “Tidak termasuk
golongan kami orang yang menampar pipi dan merobek-robek pakaian dan
menyeru dengan seruan jahiliah.” (Riwayat Bukhari)
Tidak halal
seorang muslim memakai tanda khusus untuk berkabung atau tidak berhias
atau mengganti pakaian dan gerak yang sudah biasa, demi menampakkan
perasaan duka dan sedih. Kecuali isteri kerana ditinggal mati oleh
suaminya, dia harus melakukan berkabung selama empat bulan sepuluh hari,
guna memenuhi hak suami dan demi ikatan suci yang telah menghubungkan
antara keduanya. Sehingga dia tidak menampakkan perhiasan dan tidak
menjadi sasaran mata orang-orang yang hendak meminangnya selama dalam
iddah itu. Yang oleh Islam dianggap sebagai melanjutkan beberapa hak
suami dalam perkawinannya yang telah terdahulu dan sebagai anyaman atas
perkawinan yang lalu.
Tetapi kalau yang mati itu kebetulan
bukan suami, misalnya ayah, anak atau saudara, maka tidak halal seorang
perempuan berkabung lebih dari tiga hari.
Zainab binti Abu
Salamah meriwayatkan dari Ummu Habibah isteri Nabi s.a.w. ketika
ayahnya, Abu Sufyan meninggal dunia. Dia juga meriwayatkan dari Zainab
binti Jahsy ketika saudaranya yang laki-laki meninggal dunia. Kedua
isteri Nabi ini tidak memakai wangi-wangian, kemudian ia berkata: “Demi
Allah, saya tidak lagi memerlukan wangi-wangian, namun saya mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak halal seorang perempuan yang
beriman kepada Allah dan hari akhir, berkabung kerana kematian, lebih
dari tiga malam, kecuali atas kematian suami, maka harus berkabung empat
bulan sepuluh hari.” (Riwayat Bukhari)
Berkabungnya isteri
kerana meninggalnya suami adalah wajib yang samasekali tidak boleh
diabaikannya, sebab ada satu riwayat sebagai berikut: “Telah datang
seorang perempuan kepada Nabi s.a.w. kemudian ia berkata: sesungguhnya
anak perempuanku ditinggal mati oleh suaminya dan matanya menjadi
bengkak (kerana menangis), apakah boleh saya suruh dia memakai celak?
Maka jawab Rasulullah: Tidak! Dua kali atau tiga kali, tiap kali ditanya
selalu menjawab tidak.” (Riwayat Bukhari dari Ummu Habibah)
Ini menunjukkan, haramnya berhias dalam waktu yang telah ditentukan.
Adapun susah tanpa melampaui batas dan menangis tanpa teriak-teriak,
termasuk masalah fitrah (pembawaan). Oleh kerana itu tidaklah berdosa.
Diriwayatkan, bahawa Umar Ibnul-khattab pernah mendengar sementara
perempuan menangis kerana kematian Khalid bin al-Walid, kemudian ada
sementara orang laki-laki yang hendak melarangnya, maka kepada si
laki-laki tersebut, Umar berkata: “Biarkanlah dia menangis kerana
kematian Abu Sulaiman ini (Khalid bin Walid), selama tangisnya itu tidak
menabur-naburkan debu di atas kepalanya dan tidak teriak-teriak.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar