10 TANDA SI DIA (Manusia/Pasangan Anda) JODOH ANDA
1. Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa.
Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk
kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata
untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahasia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa
mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan
emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama,
masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara
satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama.
2. Bersahaja
Kekasih kita
itu bersikap bersaja dan tidak berlakon. Coba perhatikan cara dia
berpakaian, cara berbicara, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selera dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan,
jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita senantiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengobat
kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin
berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa
sedikit kehilangan.
4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah
silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting,
siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih
sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahasia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Senantiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di
hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran
menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia
tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran
yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi,
dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahasia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu
dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahasia dan ingin memberitahu kekasih, adakah
rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat
saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu
rahasia-rahasia kepada kekasihnya berbanding teman teman yang lain. Satu
lagi, kita tidak berahasia apa pun kepadanya dan kita pasti rahasia
kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan
kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka
masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup
ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara
sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas
masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua
ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat
melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang
melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita
pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup
bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus
peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia senantiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang,
‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini
juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia senantiasa
bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan
susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi
dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan
rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu
bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua
hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan
dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang
ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam
yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan
deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat
menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah
pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa......
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang
di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang
Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah
dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita,
buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan
baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan
hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di
akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah..
Adakah dia jodoh kita?
“Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu pasti!”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar