10 CONTOH PENTING BAGAIMANA RASULULLAH MELAYANI ISTRINYA
1.
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga maupun untuk dijual.
2. Setiap kali pulang
ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk
dimakan,sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan‘Ka lau Nabi
berada di rumah,beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat
lapar waktu itu..Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk
sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke
pasar.Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah
adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai
yang kemerah-merahan ’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,‘Belum
ada apa-apa wahai Rasulullah.’Ras ulullah lantas berkata,‘Jika begitu
aku puasa saja hari ini.’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut
wajah baginda.
5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasul ullah
menegur,‘Mengap a engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak
gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap
begitu juga,jadi aku pukul lah dia.’‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’
sahut Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam,.‘Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6.
Pernah baginda bersabda,’sebai k-baik lelaki adalah yang paling baik,
kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin,sabar dan rendah
hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun
menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan rasa
kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah Shallahu 'alaihi
wassalam menolak sama sekali rasa kesombongan.
8. Seolah-olah
anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya
merasa lebih dari yang lain,ketika di depan ramai maupun dalam
kesendiriannya.
9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam
hari,terus-mene rus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran
kakinya sudah bengkak-bengkak .
10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,‘Ya Rasulullah,
bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah
payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak,‘Ya ‘Aisyah,apakah aku tak
boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar