Hajar
Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah,
yaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu
‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar
Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan
lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus
di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak
Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang keBaitullah, baik untuk haji
maupun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahwa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia
dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang
yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis
tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam
(mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap
putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya: “Bahwa
Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil
membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan
yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu
masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya
dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung.
setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih
merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul
batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk
mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari
batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan
sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu
itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahima.s. merasa gembira melihat
batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian
Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke
Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajar
Aswad.
Rahasia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal
dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan
dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap
orang sakit yang memegangnya akan sembuhdari sakitnya”
Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji
Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh
setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti
terdapat sekarang. Wallahu a’alam.
2. “Barangsiapa menunaikan
ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci
dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.”
(Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa
menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut
dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orangyang boleh
menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi).
Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan
kembali ke syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua tahu
jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau
manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat
dari batu.
Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut
lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahwa kau hanyalah
batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu
dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah
Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahasia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan
sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari
Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan
tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya
itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan” (QS. An-Najm : 53)
Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan
Muhammad SAW adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul,
sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.
Mulai
saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad,
mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian,
hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar