6 Jenis Wanita Malang
seperti
apa wanita malang ini? Sesungguhnya wanita malang itu ada 6. Jangan
engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan
yang Syadaqah. Berikut adalah ertinya setiap golongan wanita itu:
=■=Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
=■=Wanita Mananah: suka membangkit-bang kit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?.
=■=Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang
lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain.
=■=Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada
tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu
dan memaksa suaminya untuk membelinya.
=■=Wanita Baraqah: ada 2
makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya,
kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagianya.
=■=Wanita Syadaqah: banyak bicara tidak menentu lagi brisik.
Wallahua’lam. Semoga kita dijauhkan daripada golongan wanita yang tersebut di atas.,,,Aamiin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar