5 rahsia kopi yang perlu anda tahu
Melindungi
hati anda- Seorang peminum kopi yang meminum 1 hingga 3 cawan sehari
mempunyai kadar yang lebih rendah terkena stroke daripada seorang yang
tidak meminum kopi. Kopi mempunyai antioksida lebih daripada hidangan
blueberry, dan merupakan sumber terbesar antioksida dalam diet Amerika.
Antioksida membantu mengelakkan daripada radang pada arteri. Kesan
segera apabila seseorang yang baru sahaja meminum kopi adalah
meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung, tetapi dalam jangka masa
panjang, ia akan menurunkan tekanan darah kerana antioksida kopi akan
mengaktifkan oksida nitrik (pelebaran salur darah).
Mengurangkan risiko diabetes- Antioksida yang berada didalam kopi
berperanan untuk meningkatkan kepekaan sel-sel anda terhadap insulin
(yang membantu mengatur kandungan gula dalam darah). Orang yang minum 4
atau lebih cawan kopi setiap hari mungkin mempunyai risiko lebih rendah
menderita diabetes jenis 2, menurut
beberapa kajian. Hasil daripada penyelidikan lain menunjukkan bahawa
kafein boleh mengurangkan sensitiviti insulin, anda dinasihatkan untuk
meminum kopi yang tidak mengandungi kafein sesekali.
Kanser- Salah
satu hasil analisis daripada sembilan kajian menunujukkan bahawa setiap
peningkatan 2-cawan kopi setiap hari dapt mengurangkan risiko kanser
hati sebanyak 43 peratus. Ini adalah kerana kandungan kopi yang
mempunyai asid klorogenat dan caffeic, manakala kafein pula membantu
untuk mencegah keradangan hati dan menghalang sel-sel kanser.
Meningkatkan kekuatan otak- Sebahagian besar hasil daripada kajian
menunjukkan dengan meminum antara 1 hingga 5 cawan sehari boleh membantu
mengurangkan risiko demensia,penyakit Alzheimer dan Parkinson. Ejen
antioksida yang terkandung dalam kopi dapat mencegah kerosakan sel otak
dan membantu neurotransmitter yang terlibat dalam fungsi rangsangan otak
untuk bekerja dengan lebih baik.
Membantu mengurangkan sakit
kepala- Kajian menunjukkan bahawa 200 miligram kafein dapat memberikan
bantuan daripada sakit kepala termasuk migrain. Tetapi fakta mengenai
bagaimana kafein mengurangkan sakit kepala tidak jelas.
Walaubagaimanapun para saintis mengetahui bahawa kafein meningkatkan
aktiviti sel-sel otak, menyebabkan sekitar pembuluh darah menyempit.
Salah satu teori lain menyatakan penyempitan ini membantu untuk
meringankan tekanan yang menyebabkan anda berasa sakit, kata Robert
Shapiro, MD, Ph.D., profesor neurologi dan pengarah Klinik Sakit kepala
di University of Vermont Medical School.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar