Senin, 08 April 2013

UJIAN ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH

♥ LIMA kebaikan di sebalik ujian :
♥ Pertama : Memiliki hati yang tahan ujian kerana setiap kesulitan itu memberikan kekuatan.
♥ Kedua : Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dengan sebenar-benar penyesalan.
♥ Ketiga : Membebaskan diri dari sifat ujub dan kesombongan kerana ujian adalah sebaik-baik teguran bagi insan yang riak dalam berbuat amalan.
♥ Keempat : Ujian itu sebagai satu peringatan untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.
♥ Kelima :Kesulitan dan kesusahan dalam ujian adalah latihan dari ALLAH untuk kita memahami hakikat kesabaran.

♥ Ujian itu mengangkat kedudukan orang-orang yang berbuat kethaatan.
♥ Ujian itu menghapuskan kesalahan ( kafarah ) orang-orang yang berbuat kemaksiatan.
♥ Ujian itu menurunkan laknat Tuhan ke atas orang-orang yang berbuat kedzaliman.
♥ Ujian itu memberi peringatan orang-orang yang di dalam kelalaian.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar