CARA RASULULLAH SAW MENJAGA KESEHATAN DIRI
1.SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi
melaksanakan sholat sunnah, sholat fardhu dan sholat Subuh secara
berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya
mendapat limpahan pahala, kesegaran udara Subuh yang baik terutama untuk
merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Kamis atau Jum'at, Baginda
mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai
minyak wangi.
“Mandi pada hari Jum'at adalah sangat dituntut
bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai
harum-haruman.” (HR. Muslim)
3.TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak
makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak
sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada
tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air
dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan
khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi
menyeimbangkan kesehatan selain Nabi selalu berpuasa sunnah.
4.GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi
rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka
dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah
penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki
kenderaan. Kalau mau meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di
hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5.TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini
menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada
jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat
untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah,
bila berdiri, maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka
perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz karena marah itu daripada
syaitan, segera mengambil wudhu’ dan sholat dua rakaat bagi mendapat
ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6.OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan
jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta
tawakkal kepada Allah SWT.
8.PEMAAF
Pemaaf adalah
sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa
kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sehat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT, tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya,
banyak lagi cara hidup sehat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat
dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar