Sabtu, 05 Januari 2013

APA ITU QARIN?

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia, dan menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan “qarin” Nabi صلى الله عليه وسلم yang telah ditundukkan.

Firman Allah سبحانه وتعالى :-

قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِنْ كَانَ فِي ضَلالٍ بَعِيدٍ . قَالَ لا تَخْتَصِمُوا لَدَيَّ وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُمْ بِالْوَعِيدِ . مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَا أَنَا بِظَلامٍ لِلْعَبِيدِ

♥ ♥ ♥ ♥ “Yang menyertai dia (قَرِينُهُ) berkata (pula): "Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh". Allah berfirman: "Janganlah kamu bertengkar di hadapan-Ku, padahal sesungguhnya Aku dahulu telah memberikan ancaman kepadamu". Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku,” [Qaf: 27-29]

||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||

Menurut Ibn Kathir rahimahullah, ayat "(Qarin) yang sentiasa menyertainya berkata (pula)", Ibn Abbas radhiallahuanhu, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'syaitan' yang ditugaskan berdamping dengannya.

Disifatkan bahawa “qarin” ini pada hari Kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rahimahullah memetik firman Allah سبحانه وتعالى menyatakan tugasan syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia:

♥ ♥ ♥ ♥ "Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih." [Ibrahim: 22]

Ibn Kathir rahimahullah menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan “qarin” saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah سبحانه وتعالى mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain. [Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir 'an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa' 2003. Syiekh Ahmad Muhammad Syakir]

||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||

Satu persoalan yang timbul, adakah “qarin” Nabi juga seperti “qarin” manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Tetapi, menurut Syeikh Wahid Abdus Salam Bali, Dr Umar Sulaiman al-Ashqar berkata bahawa seorang manusia boleh menundukkan Jin pendampingnya (qarin) kemudian dia masuk Islam, sebagaimana Riwayat Ahmad dan Muslim: dari Abdullah ibn Masud berkata: Rasulullah bersabda:

ما منكم من أحدٍ إلا وقد وكِّل به قرينه من الجن ، قالوا : وإياك يا رسول الله ؟ قال : وإياي ، إلا أن الله أعانني عليه فأسلم فلا يأمرني إلا بخير .

♥ ♥ ♥ ♥ "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata: Walaupun kamu Ya Rasulullah?, Baginda menjawab: Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan saya selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" [Riwayat Muslim]

Kata Syeikh Wahid Abdus Salam Bali: al-Ashkar secara tegas mengatakan setiap orang Islam mampu menundukkan Jin pendampingnya. Sebenarnya, bukanlah begitu, kerana kenyataan hadith tersebut secara zahirnya menunjukkan perkara tersebut khusus untuk Nabi. Barang siapa yang mengambil hadith ini secara umum, hendaklah dia mengemukakan dalil, dan tidak ada dalil baginya yang aku ketahui, Umar bin Khtattab yang terkenal dengan kuat aqidahnya dan mantap agamanya, ditakuti oleh syaitan, akan tetapi tidak mampu mengislamkan syaitan pendampingnya. [Wiqayatul Insaan min al-Jin wa al-Syaitan, Syiekh Wahid Abdus Salam Bali, ms 45. Dar Ibn Rajab, 2001]

Al-Hafiz Imam Nawawi rahimahullah didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan, bahwa terdapat dua tafsiran kepada hadith diatas menurut bacaannya:

• a) Fa aslamu - Yang bermaksud - "Dan saya selamat darinya" (seperti pandangan Al-Khattaabi)

• b) Fa aslama - Yang bermaksud - "Dan dia menjadi Islam" (seperti pandangan al-Qaadi ‘Iyaad)

Kedua-dua pandangan ini menunjukkan bahawa “qarin” Nabi tidak boleh mengganggu baginda.Tidak kiralah samaada baginda di selamatkan oleh Allah سبحانه وتعالى atau “qarin” beliau di Islamkan. Yang penting, baginda terpelihara dari gangguan “qarin”.

||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||

SECARA UMUMNYA:

a) Qarin adalah dari kalangan jin dan berada pada setiap orang, dan dia menghasut manusia kearah kejahatan.

b) Hanya Qarin Nabi yang dapat ditundukkan, kerana hadith tersebut khusus hanya kepada Nabi dan bukan kepada insan lain.

c) Qarin dan manusia akan mengadap Allah سبحانه وتعالى kelak di hari Akhirat.

______________
Disunting dari artikel : kulidakwah.multiply.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar