13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita
(1)
Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening. (Petikan dari Hadits Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
(2) Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng… sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah…
(3) Wewangian – Siapa sahaja
wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
(4) Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31.)
(5) Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari
Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadits
Riwayat Bukhari dan Muslim.)
(6) Muka dan leher – Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
(7) Pakaian yang
nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota
badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadits
Riwayat Muslim dan Bukhari.)
(8) Tangan – Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadits Riwayat At
Tabrani dan Baihaqi.)
(9) Mata – Dan katakanlah kepada
perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi
Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari
Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
(10) Mulut
(suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka taan yang baik (Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW Sesungguhnya akan ada umat ku yang
minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah
akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadits Riwayat
Ibn Majah.)
(11) Kemaluan – Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di
bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang
membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat
Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
(12) Pakaian – Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebiha n terutama yang menjolok mata, maka
Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali. Lantaran itu mereka
tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perem puan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
(13) Rambut –
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perem puan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar