Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.
Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sebentar-bentar Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat
kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang
memeranjatkan isterinya, dia memberikan uang yang banyak kepada
isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit
itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah
melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan tas duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku uang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia
menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan tas duit dan menyerahkan duit
itu kepada suaminya kembali.
Alangkah
terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar